0%
Setiap kali musim persekolahan bermula, ramai anak-anak dari keluarga asnaf dan B40 datang dengan kegusaran — bukan kerana pelajaran, tetapi kerana mereka tiada beg, tiada uniform, tiada kasut, dan tiada kelengkapan asas untuk memulakan sesi persekolahan dengan yakin.
Melalui Program Back to School anjuran Pertubuhan HARUM, kami membantu menyediakan kelengkapan sekolah kepada anak-anak yang memerlukan agar mereka dapat belajar dengan yakin, hadir ke sekolah tanpa rasa rendah diri, dan membina masa depan dengan lebih cerah.
Setiap sumbangan anda membantu menyediakan:
Beg sekolah baharu
Set alat tulis lengkap
Uniform & kasut sekolah
Botol air & buku latihan
Setiap satu item kecil bagi kita, adalah sangat besar maknanya bagi mereka.
Mengurangkan beban kewangan keluarga miskin
Meningkatkan motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah
Memberi peluang pendidikan yang lebih seimbang
Membantu anak-anak membina keyakinan diri
Menyemai budaya ilmu untuk masa depan yang lebih baik
Sumbangan anda hari ini adalah permulaan kepada perubahan yang mungkin tidak mereka dapat tanpa bantuan anda.
Bersama HARUM, kita jadikan permulaan sekolah mereka lebih ceria, bermakna dan penuh harapan.
Still no donations
Giving not only makes you better but also happier !