0%
Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan peneguh jiwa. Namun di banyak tempat, masih ramai saudara kita yang tidak mempunyai mushaf sendiri — sama ada kerana kekangan kewangan, kemusnahan akibat bencana, atau kekurangan sumber pendidikan agama.
Melalui program Waqaf Al-Quran, Pertubuhan HARUM berusaha memastikan setiap rumah, madrasah, sekolah tahfiz, rumah perlindungan dan komuniti yang memerlukan menerima mushaf Al-Quran yang berkualiti, sahih dan selesa untuk dibaca.
Program ini bukan sekadar sumbangan buku, tetapi usaha membina generasi berilmu, menghidupkan majlis-majlis Al-Quran, dan membuka pintu pahala jariah yang mengalir tanpa putus.
Menyediakan mushaf Al-Quran kepada asnaf & keluarga B40
Membantu tahfiz, madrasah, pusat pendidikan Islam & masjid
Menggantikan mushaf usang, rosak atau tidak lengkap
Memperluaskan pendidikan Al-Quran di komuniti luar bandar
Menyokong aktiviti tadarus, halaqah dan pembelajaran
Setiap mushaf yang diwakafkan akan digunakan bertahun-tahun — dan setiap huruf yang dibaca oleh penerima mengalirkan pahala kepada pewaqafnya.
Still no donations