0%
Setiap hari, ramai keluarga berpendapatan rendah bergelut untuk menyediakan makanan asas di rumah. Ada yang terpaksa memilih antara membeli beras atau membayar bil, antara menahan lapar atau mengikat perut anak.
Bag of Hope hadir untuk mengisi kekosongan itu — bukan sekadar sebagai paket bantuan, tetapi sebagai tanda cinta, perhatian dan harapan buat mereka yang sedang diuji.
Melalui program ini, Pertubuhan HARUM menyediakan satu beg bantuan berisi keperluan makanan asas seperti beras, minyak, tepung, gula, sardin, bihun dan keperluan dapur lain mengikut keperluan keluarga. Setiap Bag of Hope disalurkan terus kepada:
Keluarga asnaf dan B40
Ibu tunggal
Warga emas yang tinggal bersendirian
Golongan OKU dan terlantar
Keluarga terjejas pendapatan atau bencana
Program ini bukan sekadar mengurangkan beban dapur, tetapi juga memberikan sokongan emosi — tanda bahawa mereka tidak dilupakan.
Still no donations
Giving not only makes you better but also happier !