Keseluruhan 9 ekor lembu telah dikorbankan dan daging korban diagihkan kepada golongan fakir miskin sekitar lokasi yang dipilih melalui rakan NGO & wakil komuniti yang telah sekian lama bekerjasama dengan HaRUM atas dasar kebersamaan dan kasih sayang serumpun.
Rata-rata penerima daging korban menzahirkan kegembiraan yang tak terhingga dan mendoakan kesejahteraan buat para penyumbang di Malaysia. HaRUM sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rakyat Malaysia yang bersama dalam menjayakan Qurban Kasih HaRUM 2023.
InsyaAllah kita berjumpa lagi pada Qurban Kasih HaRUM tahun hadapan.