Sebanyak 2 buah rumah anak yatim iatu Rumah Anak Yatim Baitul Barakah Wal Mahabbah, dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia, serta 42 buah keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan dan juadah berbuka puasa sempena Misi Dapur Ramadhan HaRUM hasil daripada sumbangan besar daripada Terapi Sakeenah dan Warung d’Salai by ZaRasa Cafe & Catering.
Penerima-penerima sumbangan juga telah diberi Selawat Jibrail sebagai salah satu amalan yang baik untuk diamalkan sebagai ikhtiar untuk dipermudahkan rezeki, dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan mereka. Alhamdulillah rata-rata yang menerima selawat ini terharu dan mengucapkan kesyukuran.
Sekali lagi terima kasih pada semua diatas doa dan sokongan anda semua.
Leave a Reply